
Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita 27 tahun kira-kira 11 malam Sabtu.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi lelaki dalam lingkungan usia sama cedera terkena tembakan.
“Seorang lagi mangsa dipercayai turut mengalami kecederaan, namun identitinya belum dikenal pasti kerana telah dibawa kenalannya sejurus kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Kumarasan berkata, polis giat mengesan dua suspek masih bebas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, Afiq Izani di talian 019-3683036 atau Pusat Kawalan Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.