Bayi maut, ibu bapa cedera kereta bertembung lori pemandu positif dadah

Bayi maut, ibu bapa cedera kereta bertembung lori pemandu positif dadah

Kejadian berlaku di Baling malam tadi ketika tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang.

Bayi lima bulan maut di Baling Gambar JBPM 8526
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori dipandu lelaki positif dadah. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Bayi lima bulan maut manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan lori dipandu lelaki positif dadah dalam kejadian di Baling, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika Perodua Myvi dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang.

Ketua Polis Baling, Brandon Richard Joe, berkata bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan di Hospital Baling akibat cedera parah manakala ibu bapanya yang berusia 41 dan 27 tahun dirawat di hospital sama.

“Mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian,” katanya, menurut Berita Harian.

Beliau berkata polis telah menahan pemandu lori berusia 43 tahun itu untuk siasatan lanjut selepas saringan awal ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah.

Katanya, pemandu terbabit kemudiannya direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.