10 iklan raya wajib tonton sepanjang Aidilfitri 2019

10 iklan raya wajib tonton sepanjang Aidilfitri 2019

Setiap kali tiba musim perayaan pastinya iklan yang membawa mesej tertentu ditunggu oleh semua orang tidak kiralah sedih ataupun gembira.

Zaman sekarang sudah tidak macam dulu, kena tunggu iklan raya keluar di TV.

2019 iini, kita boleh tengok iklan raya hanya melalui smartphone.

Yang penting ada internet semua benda menjadi mudah.

Bersepah iklan raya pilih sahaja mana satu hendak tengok.

Itu belum dikira lagi filem pendek raya.

Tak cukup dengan tu, sekarang kalau nak tengok iklan raya, siap dah ada yang buat “bebenang” kat Twitter!

Setiap tahun, mesti semua tertanya-tanya dan ternanti-nanti iklan raya mana yang paling best.

Maksud best untuk anda itu daripada segi apa? Iklan raya yang sedih sampai meinitik air mata? Iklan raya yang penuh dengan mesej tersembunyi? Atau visual yang canggih dan cantik?

Kalau nak tengok balik iklan raya yang lama tak ditelan zaman, all-time favourite lah kiranya, boleh sahaja layari youtube untuk mencari iklan tersebut.

Disiini dikongsikan 10 iklan raya yang memang patut dan wajib tengok untuk tahun 2019 ini.

1. BuangBalikRaya

Faham tak apa maksud #BuangBalikRaya tu? #ThrowbackRaya la maksudnya tu.

Iklan raya ini menggunakan tema patah balik ke masa lepas menggunakan mesin masa.

Ingat Marvel je ke boleh buat! Mesin masa dan kesan visual yang digunakan pun memang nampak real la patah balik ke masa lepas tu.

Siap troll balik iklan-iklan yang pernah popular tahun-tahun sebelum ini. Product placement pun bersesuaian dengan jalan cerita.

2. Ragam Isteri Beraya

Iklan raya yang memang ditujukan untuk orang yang dah berkahwin dan kaki shopping sakan.

Kalau yang pernah pergi Jakel mesti dah tahu pasal Happy Hour. Iklan raya tak semestinya kena sedih-sedih, kan? Iklan raya yang ada unsur-unsur komedi macam ini pun best gak layan.

3. Konvoi Epik Fantastik

Salah satu iklan raya 2019 yang paling cantik.

Kereta yang digunakan cantik, pemandangan cantik, warna yang ada dalam iklan ini cantik dan camera view pun cantik.

Boleh nampak la keseronokan keluarga yang besar bila balik raya kat kampung.

Yang tidak ada kampung dan tidak ada keluarga yang besar boleh jealous kot tengok iklan raya ini.

4. Rendang SoRaya

Iklan raya Petronas antara iklan yang ditunggu-tunggu orang ramai setiap tahun.

Mesti ada sebab kenapa orang ramai tunggu setiap tahun.

Iklan raya Petronas kali ini menceritakan pasal seorang anak perempuan yang cuba untuk copy paste rendang tradisi ibunya.

Jalan cerita iklan raya ini pun susah nak agak dari awal.

Mungkin ada antara korang yang dah perasan dari awal la kot. Selamat menonton!

5. Tumpang

Iklan raya ini mengisahkan pasal Amir yang tertinggal bas di RnR Lebuh Raya Plus, terpaksa tumpang Pak Man selepas terjumpa handphone Pak Man kat tandas.

Ada dua cerita dalam iklan raya ini.

Jalan cerita yang susah nak agak ini. Tapi baran betul Pak Man dalam iklan ini.

6. Ketupat Lejen

Nenek dalam iklan raya ini punca iklan ini jadi best. Visual pun not bad.

Tapi yang paling penting sekarang ini semua orang yang dah tengok iklan ini dah tahu apa makna ketupat pada Hari Raya.

Ada ilmu berguna yang disampaikan dalam iklan raya ini.

7. Deria Takbir

Iklan yang bertaraf duinia daripada Maxis. Ada banyak mesej berguna yang kita boleh dapat daripada iklan raya ini.

Hari Raya bukan je pasal keluarga, lemang, mercun, pergi beraya dan duit raya.

Hari Raya juga mengajar kita untuk ingat dan hargai orang-orang yang kurang bernasib baik.

8. Raya Paling BerMAK-MAKna

Iklan raya yang penuh dengan warna-warini dan ada unsur-unsur komedi.

Product placement memang kaw-kaw dalam iklan ini.

Nasib baik menghiburkan. Iklan raya yang mengisahkan pasal dua orang jiran, Mak Aini dan Mak Dah yang berlumba-lumba tak nak kalah. Yang part Cardi B rap tu gempak.

9. Ketepikan Segala Perbezaan

Iklan raya yang lain daripada lain. Iklan raya ini menampilkan sebuah kisah benar mengenai kisah viral Amy Mastika atau Cikgu Orked dan pelajarnya.

10. Makna Ramadan & Dugaan Syawal

Ada dua bahagian dalam iklan raya ini. Episod pertama ialah Makna Ramadan, mengisahkan adik Ramadan yang pertama kali berpuasa dan episod kedua ialah Dugaan Syawal, sambungan kisah adik Ramadan yang kali ini cuba mengelak daripada dugaan semasa Hari Raya.

Kalau korang dah tengok episod pertama, mesti korang terus nak tengok episod kedua disebabkan adik Ramadan ini. Lepas ini makin banyak la tawaran berlakon.

Sumber www.thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.