Jom hilangkan ‘double chin’ dengan 5 cara

Bukan hanya individu berbadan besar saja yang mengalami masalah “double chin”, perempuan kurus juga selalu mengeluh bila melihat muka sendiri di depan cermin.

Menurut, Health Guide HQ, ada beberapa senaman yang sebenarnya boleh dibuat untuk hilangkan masalah “double chin” ini.

Caranya sangat mudah, murah dan berkesan.

Duduk bersantai di rumah pun boleh buat.

Jika anda mengamalkan senaman ini selama 10 minit setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.

The kiss

a. Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil pandang atas

b. Muncungkan bibir korang selama 5 saat

c. Relaks dan tegakkan semula kepala

d. Buat ulangan selama 15 kali.

Stick it out

a. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas

b. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5

c. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5

d. Ulang selama 10 kali

Jaw jut

a. Dongakkan kepala sambil pandang atas

b. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu

c. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks kan semula rahang

d. Ulang sebanyak 10 kali

Neck roll

a. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada

b. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5

c. Kembali kepala pada sisi asal

d. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5

e. Ulang semula dalam masa 30 saat

Tounge on teeth

a. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya

b. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah

c. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil buat bunyi “ahhh”

d. Lakukan selama 60 saat

e. Ulang sekali lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]