Messi atasi Ronaldo raih pendapatan tertinggi di dunia

Bintang Barcelona, Lionel Messi mengatasi seteru tradisinya, Cristiano Ronaldo untuk diumumkan sebagai atlet berpendapatan paling tinggi.

Mengikut laporan Forbes, pemain antarabangsa Argentina itu meraih pendapatan 99.8 juta pound (RM527.78 juta) tahun lalu.

Pendapatan mereka dikira berdasarkan hadiah kemenangan, gaji serta penajaan produk di antara Jun 2018 hingga Jun 2019.

Sementara itu, Ronaldo berada di kedudukan kedua dengan 85.6 juta pound (RM452.68 juta) manakala Neymar di kedudukan ketiga.

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba meraih 25.9 juta pound (RM136.97 juta) manakala Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Mohamed Salah berada dalam kelompok 10 teratas.

Canelo Alvarez dan Roger Federer melengkapkan kedudukan lima teratas mengatasi Russell Wilson dan Aaron Rodgers.

Baki kedudukan 10 teratas menjadi milik LeBron James, Stephen Curry dan Kevin Durant manakala Lewis Hamilton dan Anthony Joshua berkongsi kedudukan ke-13 dengan 43.2 juta pound (RM228.46 juta).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]