Guna gajet sebelum tidur boleh sebabkan gemuk

Guna gajet sebelum tidur boleh sebabkan gemuk

Dalam mengekalkan tubuh badan yang langsing, anda perlu mengambil kira beberapa perkara bagi mengelakkan diri menjadi gemuk.

Ini bukan perkara luar biasa bagi netizen kerana ramai yang akan menggunakan telefon bimbit atau sebarang gejet untuk melayari internet sebelum tidur.

Namun tahukah anda bahawa ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan menjadi lebih gemuk dalam keadaan anda mengimpikan tubuh badan yang langsing?

Beberapa perkara.anda perlu tahu supaya ia perlu dielakkan sebelum anda tidur pada waktu malam.

1. Tidur tidak teratur

Tahukah anda, tidur anda tak teratur atau tak cukup tidur, ia akan menjejaskan kadar metabolisme tubuh.

Sebuah kajian dilaporkan melalui laman web kesihatan Health24 bahawa masa tidur yang konsisten dikaitkan dengan kurangnya lemak dalam tubuh.

Menurut laporan dalam jurnal tersebut juga, kita patut cuba mengekalkan waktu bangun tidur yang sama setiap hari sekalipun tidak dapat masuk tidur pada waktu yang sama kerana ia berkait rapat dengan kebolehan tubuh untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Ambil makanan berat pada waktu malam

Sesetengah orang kurang menitikberatkan pemakanan pada waktu siang kerana sibuk bekerja dan mengalami kekangan masa atas sebab-sebab tertentu.

Maka, mereka cenderung untuk memakan hidangan yang lebih besar pada waktu makan malam.

Jadi, tak hairanlah begitu banyak restoran 24 jam yang menghidangkan pelbagai makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, dan nasi kandar.

Tabiat ini adalah salah satu punca gemuk kerana anda kurang beraktiviti lagi selepas selesai makan malam. Maka, ia menyebabkan pencernaan anda kurang efisyen.

3. Terus tidur selepas makan malam

Salah satu lagi punca gemuk yang sering dilakukan adalah makan malam terlalu lewat hingga hampir dengan waktu tidur.

Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari.

Seelok-eloknya, anda disarankan untuk mengambil makan malam sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 jam sebelum waktu tidur anda.

4. Snek tengah malam atau supper

Sekali-sekala, tidak salah untuk anda mengunyah snek atau “supper” selepas waktu makan malam.

Namun, elakkan ia daripada menjadi kebiasaan. Jika terasa lapar, makanlah makanan yang kurang berkalori seperti salad buah-buahan.

Ini kerana makanan yang diambil pada waktu malam akan memberi tenaga kepada anda sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur awal.

Selain itu, jika anda makan makanan seperti biskut, roti manis, coklat, dan kek, makanan ini mengandungi terlalu banyak kandungan gula yang diproses dan perlu dibakar secepat mungkin.

5. “Skip” makan malam

Ingatkan “skip” makan malam boleh menjadikan anda kurus? Fikir semula.

Apabila anda tidak mengambil makan malam, metabolisme tubuh akan menjadi lebih perlahan.

Di samping itu, tabiat “skip” makan malam boleh menjejaskan emosi seseorang dan akan menjadikan anda lebih lapar pada keesokan harinya. Akibatnya, kita cenderung untuk makan lebih banyak

6. Guna gajet sebelum tidur

Menurut kajian yang dilaporkan melalui Daily Mail, lampu biru yang dihasilkan oleh peranti ini boleh menjejaskan kesihatan serta mengganggu tidur anda.

Penelitian mendapati lampu biru tersebut dapat menjadikan seseorang berasa lapar seawal 15 minit selepas terdedah kepada lampu biru tersebut.

Oleh itu, elakkan menggunakan gajet dalam jangka masa 1 jam sebelum tidur. Bukan itu saja, pengkaji yang terlibat dalam eksprimen tersebut menekankan supaya kita tidak lagi mengecas handphone atau sebarang gajet dalam bilik tidur.

Sebaiknya, tutup semua lampu dan tidurlah dalam keadaan gelap. Keadaan ini akan membantu anda mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.