Mufti Perlis gesa teliti semula sambutan Aidilfitri di jabatan kerajaan

Mufti Perlis gesa teliti semula sambutan Aidilfitri di jabatan kerajaan

Program jamuan Raya yang melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangan akan menghampakan rakyat yang gagal berurusan dengan jabatan kerajaan.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin
KANGAR:
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri setiap kali tiba Syawal.

Beliau berkata program jamuan Raya yang dianjurkan sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan.

“Justeru apabila ada rakyat yang datang ke sesebuah jabatan untuk sesuatu urusan mereka terpaksa pulang dengan kehampaan kerana kakitangan di bahagian-bahagian tertentu jabatan itu berada di majlis jamuan hari raya,” katanya pada majlis ceramah mingguannya di Masjid Alwi, malam tadi.

Beliau berkata lebih memberi kesan apabila pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan kerajaan keluar pejabat untuk menghadiri jamuan hari raya di pejabat lain.

Justeru beliau berharap kerajaan melihat semula perkara itu selaras dengan keperluan semasa kerana tidak semestinya apabila umat Islam berpuasa sebulan mereka harus mengadakan majlis makan selama sebulan juga untuk menyambut hari Raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.