
Selain itu, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen akan menerima bantuan RM250, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri,” kata Anwar yang juga menteri kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa semua anggota Jemaah Menteri akan terus mengalami pemotongan 20% gaji.
Guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (Kafa), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut turut akan menerima manfaat di bawah Belanjawan 2026.
Dengan peruntukan RM35 juta, kerajaan setuju menyalurkan sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70 ribu golongan tersebut.
Selain itu, Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak Kemas juga akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 sebulan.
Bagi menghargai pengorbanan dan keperwiraan tentera, kerajaan bersetuju menyalurkan bayaran khas RM500 kepada hampir 120 ribu pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.