Letupan besar gegar kawasan kilang di Pelabuhan Klang

Letupan besar gegar kawasan kilang di Pelabuhan Klang

Warga internet berkongsi video memaparkan bunyi letupan yang begitu kuat, kepulan asap hitam dan api yang marak.

(Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Warga media sosial hari ini kecoh dengan kejadian letupan besar yang menggegarkan kawasan perindustrian di Pelabuhan Klang petang semalam.

Perbualan rancak dengan perkongsian beberapa video memaparkan api yang marak, kepulan asap hitam yang meninggi dan bunyi letupan yang begitu kuat. Turut kedengaran suara perakam yang terjerit kerana terkejut dengan letupan itu.

Tiada orang awam dilaporkan cedera atau kehilangan nyawa dalam kejadian membabitkan 3 buah kilang di Pulau Indah itu.

Seramai 7 orang anggota bomba dilaporkan cedera ringan dalam usaha pihak berkuasa memadam kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi FMT mengesahkan semua anggota berkenaan dalam keadaan stazbil dan sudah keluarkan dari wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Enam orang sudah diberikan cuti sakit dan pemantauan sendiri dari rumah. Manakala seorang lagi anggota cedera di kaki,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 12.40 pagi tadi dan pihak berkuasa sedang menunggu laporan siasatan kebakaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.