Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menekankan 7 lagi aplikasi perlu dibuang segera dari telefon pintar jika sebelum ini anda pernah memuat turunnya.

Applikasi itu adalah :
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
2. Spy Kids Tracker
3. Phone Cell Tracker
4. Mobile Tracking
5. Spy Tracker
6. SMS Tracker
7. Employee Work Spy
Dalam posting tersebut, PDRM mengatakan bahawa 7 aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh 130,000 peranti sebelum dibuang oleh pihak Google dari pangkalan PlayStore setelah dikesan mengancam keselamatan pengguna.
Penyelidik mendapati aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Menurut penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech, aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Applikasi tersebut adalah sama seperti disenaraikan PDRM.
Oleh itu, pengguna Android dinasihatkan memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.
Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]