
KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman seorang hakim Mahkamah Sesyen di Selangor yang tamat semalam, disambung 5 hari lagi sehingga Ahad ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Operasi), Azam Baki berkata tempoh reman itu disambung bagi membantu siasatan berkaitan kes melepaskan pendatang asing tanpa izin.
“Tempoh reman disambung selama 5 hari bermula semalam,” katanya ketika dihubungi.
Hakim berusia berusia 45 tahun itu ditahan SPRM Isnin lalu.
Minggu lalu, 6 anggota polis dari sebuah ibu pejabat polis daerah di Selangor dan masing-masing seorang timbalan pendakwa raya dan peguam ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu.