AirAsia mansuh yuran pemprosesan mulai Oktober

AirAsia mansuh yuran pemprosesan mulai Oktober

Tony Fernandes mengumumkan perkara itu dalam catatan Twitter menerusi 2 hashtag #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.

AirAsia mengenakan yuran pemprosesan untuk tempahan tiket atas talian.
KUALA LUMPUR:
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober depan.

“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes hari ini.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam catatan di Twitter menerusi 2 hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.

Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.

Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.