
Menterinya Baru Bian berkata, hasil kajian berkenaan sedang diedarkan kepada semua kementerian untuk diteliti dan menjangkakan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil kajian berkenaan.
“Untuk bersikap adil, saya tidak boleh bercakap lebih awal mengenainya (hasil kajian), tetapi semestinya ia untuk kebaikan rakyat dan semua pihak berkepentingan dipertimbangkan supaya kita dapat mengharapkan sesuatu yang positif,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah kilang Sistem Binaan Industri (IBS) IJM Corporation Berhad di sini hari ini yang turut dihadiri ketua pegawai operasi merangkap pengarah urusan Kumpulan IJM Berhad, Soam Heng Choon.
Pada Jun lepas, Baru dilaporkan berkata, cadangan pengambilalihan mana-mana lebuh raya hanya akan diputuskan selepas laporan kajian berkenaan dibentangkan kepada Kabinet.