
Perubahan jadual di gereja terbesar di ibu kota itu bagi memberi peluang kepada penganut Islam menggunakan sebahagian ruangnya untuk menunaikan solat sunat Aidiladha kerana Masjid Istiqlal masih dalam proses pengubahsuaian.
“Pada Ahad, 11 Ogos 2019 bertepatan dengan Hari Raya Aidiladha dan memandangkan terdapatnya kerja pengubahsuaian di kompleks Masjid Istiqlal, maka sebagai sokongan kepada saudara Islam yang akan menunaikan solat Aidladha, Katedral DPH memutuskan untuk mengubah jadual upacara,” tulis pihak gereja itu memetik laporan DetikNews.
Menurut laporan, upacara keagamaan itu akan diubah ke jam 10.00 pagi dan 12.00 tengahari, sementara upacara sebelah petang kekal jam 5.00 petang dan 7.00 malam. Upacara itu biasanya berlangsung jam 6.00, 8.00 dan 10.30 pagi.
Kementerian agama Indonesia sebelum ini mengumumkan tarikh Hari Raya Korban di negara itu jatuh pada 11 Ogos 2019.