Tiada serangan siber dalam gangguan sistem rangkaian KLIA, klia2

Tiada serangan siber dalam gangguan sistem rangkaian KLIA, klia2

Agensi Keselamatan Siber Negara berkata, dapatan awal MAHB menunjukkan gangguan itu akibat kegagalan kelengkapan rangkaian.

MAHB mengeluarkan notis gangguan sistem di KLIA sejak ia dikesan pada 21 Ogos lalu dan keadaan beransur pulih selepas peralatan rangkaian digantikan pada Jumaat lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak ia mula dikesan pada 21 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) malam tadi, dapatan awal Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan gangguan itu akibat kegagalan kelengkapan rangkaian.

“Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan klia2 kembali pulih sepenuhnya. MAHB sudah mengambil dan akan terus mengambil semua langkah perlu untuk mempercepatkan proses itu kembali pulih.”

Menurut kenyataan itu, Nasca akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.