Apa fungsi suis kecil cermin depan belakang kereta?

Apa fungsi suis kecil cermin depan belakang kereta?

Cermin pandang belakang kereta antara elemen penting yang harus ada dalam sesebuah kenderaan bagi tujuan keselamatan.

Ramai yang tidak tahu tentang suis dan cermin pandang belakang mempunyai fungsi tersendiri yang mungkin anda tidak tahu.

Kebiasannya anda gunakan pada waktu siang dengan melaraskan kedudukan mata untuk melihat di belakang ada kenderaan ataupun tidak.

Namun ia juga mempunyai fungsi tersendiri pada waktu malam.

Cuba anda lihat terdapat suis kecil di bahagian tengah cermin tersebut, terletak di bahagian bawah.


Kurangkan silau

Sebenarnya suis berkenaan berfungsi untuk kurangkan silau cahaya dari kenderaan arah belakang.

Tidak kiralah sama ada pencahayaan yang datang itu suluh rendah (low-beam), suluh tinggi (high-beam), lampu kabus dan limpah.

Bagaimana cara guna?

Pada waktu normal, suis cermin pandang belakang itu haruslah berada pada posisi ditolak ke belakang biar selaras dengan penglihatan anda.

Jika memandu malam, anda perlu menarik suis berkenaan ke hadapan agar permukaan cermin dapat dihalakan sedikit ke siling bumbung kereta.

Jadi selepas ini anda tidak akan silau lagi sewaktu memandu akibat terkesan dengan cahaya dari kereta belakang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.