Lampin pakai buang ditinggal dalam pinggan majlis kahwin dikecam netizen

Lampin pakai buang ditinggal dalam pinggan majlis kahwin dikecam netizen

Adab perkara paling penting perlu dijaga walau dimana sahaja kita berada.

Setiap kali pergi ke majlis keraian, adab dan tatasusila perlu dijaga sebagai tetamu.

Yang paling penting, ibu bapa perlu menjaga anak supaya tidak berlari ke sana sini dan mengganggu perjalanan majlis.

Namun terdapat tindakan sesetengah ibu bapa yang tidak prihatin dengan orang sekeliling dengan menukar lampin pakai buang dan meletakkan lampin tersebut di dalam pinggan.

Secara amnya, pinggan itu boleh dibasuh oleh pihak katering dan menggunakannya semula untuk tetamu lain.

Namun, melihat keadaan tersebut, siapa yang tergamak untuk menggunakan pinggan itu?

Tindakan ibu bapa tersebut mendapat kecaman netizen dan disebarkan melalui laman media sosial Twitter.

@Faqihh_94 menyatakan “tetamu majlis kahwin paling bodoh dalam Malaysia”

Ia berlaku pada 30 Ogos lalu dan terus menjadi viral sehingga hari ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.