Jakim minta masjid di seluruh negara anjur salat Istiqa mohon hujan, kurangkan jerebu

Jakim minta masjid di seluruh negara anjur salat Istiqa mohon hujan, kurangkan jerebu

Tiga masjid utama di bawah Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan mengadakan salat sunat Istiqa malam ini.

Jakim juga menggesa Jabatan Agama Islam negeri meminta semua masjid di bawah pentadbiran masing-masing melaksanakan salat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia kini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan salat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang.

Untuk tujuan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya memohon kerjasama pentadbir agama Islam negeri.

“Jakim memohon jasa baik dan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri di seluruh Malaysia supaya meminta semua masjid di bawah pentadbiran masing-masing mengadakan salat sunat Istisqa bagi tujuan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nordin berkata, 3 masjid utama di bawah Jakim iaitu Masjid Negara di sini serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan melakukan salat sunat itu selepas salat Isyak malam ini.

Beliau menjemput orang ramai untuk hadir menjayakannya.

Menurut Mohamad Nordin, syor mengadakan salat sunat itu dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.