
“Bubur lambuk bukan sekadar juadah berbuka puasa, tetapi simbol kebersamaan, semangat gotong-royong dan kasih sayang dalam masyarakat.
“Setiap kali Ramadan menjelang, tradisi ini sentiasa mengingatkan kita bahawa keberkatan itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, menteri sumber manusia itu turut mengambil peluang menyantuni peniaga dan beramah mesra dengan pengunjung bazar Ramadan.
“Melihat senyuman dan keterujaan mereka menjadi satu kepuasan yang sukar digambarkan. Inilah semangat Ramadan, memperkukuh silaturahim, menyantuni masyarakat dan memastikan suasana muhibah dirasai sepanjang bulan mulia ini.
“Semoga usaha ini dapat terus menyemai rasa kekeluargaan, keprihatinan dan perpaduan dalam kalangan warga Parlimen Sungai Buloh.”