5 sikap buruk pelayan restoran buat orang marah

(Gambar Rawpixel.com)

Menjadi pelayan di sesebuah restoran bukan suatu kerjaya yang mudah kerana ia menjadi identiti pada restoran tersebut.

Mereka perlu menunjukkan sikap positif kepada para pelanggan meskipun di waktu yang sibuk.

Adakalanya jika mereka tidak dilayan dengan baik, ia menimbulkan persepsi negatif dan pastinya pelanggan tersebut tidak lagi akan berkunjung ke restoran itu.

Hampir setiap rakyat Malaysia mempunyai kisah tersendiri dalam hal ini dan menjadi beberapa sebab sebagai punca untuk mereka tidak lagi berkunjung ke kedai tersebut.

1. Lalai

Mesti anda pernah lalui apabila datang ke sebuah restoran namun tiada pelayan yang datang kepada anda untuk mengambil pesanan.

Situasi ini akan menyebabkan anda akan mengangkat tangan dan melambai kepada mana-mana pelayan dalam tempoh yang lama supaya mereka datang dan mengambil pesanan anda malah ada juga pelayan yang sengaja buat tidak nampak akan lambaian tangan anda kerana malas mengambil pesanan.

Ini akan membuatkan anda tidak lagi akan berkunjung ke restoran tersebut.

2. Terlalu memberi perhatian

Di sebalik perkara yang selalu berlaku, ada juga yang terlalu memberi perhatian pada anda dan pelanggan yang lain.

Pada mulanya ia dilihat sangat bagus kerana sentiasa memenuhi permintaan anda.

Namun ia mula menjengkelkan apabila mereka dilihat seperti sentiasa sibuk dan datang kepada anda, kerap bertanya dan anda akan mula rimas.

Ini juga akan menyebabkan anda tidak akan datang ke restoran tersebut!

(Gambar Rawpixel.com)

3. Tidak cekap

Pelanggan yang tidak cekap sering menjadi permasalahan utama kepada setiap majikan, malah ia turut menyusahkan para pelanggan.

Setiap kali pesanan dibuat, mereka mengambil pesanan yang salah, dan ia akan mendatangkan kemarahan pada pelanggan.

Ia juga akan merugikan majikan kerana terpaksa mengambil pesanan yang baru dan membiarkan makanan dan minuman yang salah diambil pesanannya.

4. Melebihkan pelanggan yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka

Ini adalah perkara normal, mereka akan memberi layanan lebih kepada saudara atau kenalan rapat mereka.

Dalam hal ini, pesanan anda akan sampai dengan lambat, kerana menunggu mereka habis berborak, menyiapkan makanan mereka walaupun anda sampai lebih awal, ini akan menimbulkan kemarahan anda!

5. Biadap dan tidak sopan

Meskipun pada satu ketika restoran menerima pelanggan yang ramai, pelayan akan menjadi penat.

Namun kemarahan tidak boleh dilepaskan sesuka hati kepada para pelanggan, namun perkara ini seringkali terjadi apabila pelayan menunjukkan sikap tidak sopan malah ada juga yang mengeluarkan perkataan kesat kepada pelanggan.

Sudah pasti perkara ini akan memberi imej buruk kepada sesebuah restoran, dan mereka tidak lagi akan berkunjung ke restoran itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]