
Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya sedang mengesan individu terlibat kejadian itu.
Katanya, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara dua pihak kerana seorang daripada mereka ditegur merokok sebelum berlaku pergaduhan dan saling memukul
“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh-gempar.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat menerusi talian 03 31872222,” katanya menurut Bernama.
Sebelum ini, video rakaman kamera litar tertutup berdurasi 47 saat memaparkan beberapa individu bergaduh di sebuah restoran tular di media sosial.