
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam kenyataannya hari ini berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Putrajaya pada 5 petang Ahad adalah di bawah 200.
“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam perkembangan sama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, semua 296 sekolah di Kuala Lumpur yang ditutup pada hari sama minggu lepas juga akan beroperasi seperti biasa pada Isnin.
IPU di stesen Batu Muda dan stesen Cheras pada 5 petang Ahad menunjukkan bacaan di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun, katanya.
Pihak sekolah di Putraya dan Kuala Lumpur bagaimanapun diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan, di samping mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).