
Mikhy Farrera-Brochez, 34, berasal dari Winchester, Kentucky, didapati bersalah Jun lalu mengancam kerajaan Singapura dengan mendedahkan identiti pesakit positif HIV.
Data tersebut termasuk maklumat mengenai lebih 50 warga AS.
Pejabat Peguam Daerah Kentucky Timur menerbitkan butiran mengenai hukuman itu dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
“Tingkah laku tertuduh adalah serius dan signifikan, mempengaruhi ribuan orang di seluruh dunia,” kata Peguam Negara AS Robert Duncan.
Farrera-Brochez juga dilarang daripada akses kepada peranti elektronik dan akaun Google yang digunakannya semasa melakukan jenayah itu, kata pejabat pendakwa raya.
Singapura menghantar Farrera-Brochez pulang ke AS tahun lalu selepas dia menafikan mengenai pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan penipuan, termasuk membahayakan status HIV sendiri.
Farrera-Brochez mendedahkan maklumat peribadi atas talian 5,400 warga yang didiagnosis dengan HIV sehingga Jan 2013, dan 8,800 warga asing yang dirawat sehingga Dis 2011, kata kementerian kesihatan Singapura pada Jan.
Apabila dibebaskan dari penjara kelak, Farrera-Brochez, yang berasal dari Winchester, Kentucky, akan dipantau selama tiga tahun.
Reuters tidak dapat menghubungi Farrera-Brochez atau peguamnya untuk mendapatkan komen.