Perhimpunan Agung Umno ditunda ke 4 Dis, kata Zahid

Perhimpunan Agung Umno ditunda ke 4 Dis, kata Zahid

Presiden Umno mengumumkan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan selepas PRK Tanjung Piai, yang akan mengundi pada 16 Nov.

(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Presiden Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Perhimpunan Agung Umno ke-73 ditunda ke 4 Dis hingga 7 Dis.

Perhimpunan tahunan itu dijadualkan semula apabila tarikh asal iaitu 13 Nov hingga 16 Nov bertembung dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

“Suatu tarikh baru telah disepakati,” katanya pada sidang media di Menara Umno hari ini.

Zahid berkata Umno mahu pastikan jenteranya dan Barisan Nasional beri perhatian penuh pada pilihan raya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja mengadakan PRK Tanjung Piai sewaktu parti itu akan mengadakan perhimpunan tahunan.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun menafikan dakwaan itu, mengatakan tarikh terpilih paling sesuai untuk berpilihan raya selepas mengambil kira faktor cuti umum dan hari minggu bagi Johor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.