
Ia berdasarkan tinjauan yang dijalankan Institut Kajian Indonesia (LSI) terhadap beberapa responden.
Hasil tinjauan yang dikeluarkan pada 6 Okt itu berdasarkan temu bual yang dijalankan pada 4 dan 5 Okt membabitkan 1,010 responden dari seluruh negara.
Keputusan mendapati 76.3% rakyat bersetuju Presiden Joko Widodo mesti mengeluarkan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang (Perppu) untuk membatalkan semakan, yang telah menimbulkan demonstrasi besar-besaran di negara ini sejak dua minggu lalu.
Sebanyak 70.9% responden percaya ia akan melemahkan lagi operasi KPK – badan awam paling berkuasa dan popular di Indonesia ditubuhkan pada 2002 – dan 18% lagi berpendapat sebaliknya.
Pada 26 Sept, Widodo berkata beliau akan mempertimbang untuk mengeluarkan Perppu bagi menangani perkara itu.
Sebelum ini, pada 24 dan 25 Sept, ribuan pelajar, pekerja dan aktivis menganjurkan bantahan di Jakarta dan di bandar lain, menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera termasuk 39 pegawai polis.