Ejen Ali The Movie penuh dengan aksi, bakal ditayangkan 28 Nov

Trailer terbaru Ejen Ali The Movie: Misi Neo mendapat pujian netizen apabila ia penuh dengan kejutan dan aksi.

Tidak sampai 24 jam Wau Animation yang berkongsi trailer telah mendapat lebih 500k tontonan.

Nampaknya bagi peminat setia siri animasi Ejen Ali ini pasti sudah tidak sabar untuk melihat aksinya di pawagam.

Malah produksi Wau Animation telah mengumumkan tarikh tayangan yang akan bermula pada 28 November depan.

Sudah pasti ini tarikh yang sangat sesuai dan tepat kerana cuti sekolah sudah bermula.

Walaupun akan bersaing dengan filem Frozen 2, namun filem animasi terbitan Malaysia ini diyakini mampu memberi saingan yang memberansangkan selepas kejayaan besar filem animasi Upin & Ipin serta Boboboi The Movie baru-baru ini.

Tambahan pula hasil penelitian daripada trailer dan sound track dilihat mampu memukau penonton.

Untuk trailer kedua ni, kita dapat lihat jalan cerita yang lebih menarik di mana Ali dilihat seperti hilang fokus selepas terasa terabai apabila Iris Neo diperkenalkan dan semua ejen nampaknya telah mula memakai Iris Neo berkenaan.

Selain itu, Ali juga dilihat cuba berpaling tadah apabila dilihat bersama individu lain dan bertindak secara solo.

Inilah yang buatkan kita semua lagi tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]