
“Kita sudah bincang dengan mendalam dalam Kabinet. Kita dapati menteri kadang-kadang berada di luar negera kerana terlalu banyak mesyuarat peringkat antarabangsa.
“Ahli-ahli Parlimen biasa juga kadang-kadang ada masalah lain. Kadang-kadang mereka ada di dalam bangunan ini (Parlimen), tetapi tidak ada di dalam Dewan Rakyat.
“Jadi, mereka boleh dipanggil dengan menggoncangkan loceng. Kita juga bagi amaran kepada mereka supaya menentukan mereka hadir,” kata beliau di lobi Parlimen hari ini.
Pada 17 Okt lalu, Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Parlimen dibubarkan kerana kehadiran mengecewakan ahli Parlimen sepanjang persidangan kali ini.
Sekurang-kurangnya 26 ahli Parlimen perlu berada di dalam dewan ketika sidang berlangsung.
Hari ini, Mahathir berkata, isu melibatkan kekurangan kuorum dihadapi setiap kerajaan dan berdasarkan pengalamannya, perkara sama turut berlaku di Amerika Syarikat.
“Ini berlaku kepada mana-mana kerajaan, kalau saya pergi ke kongres di AS, saya dapati hanya seorang yang bercakap dan seorang lagi mendengar.
“Tetapi, mereka tidak pernah membangkitkan soal kuorum. Soal kuorum ini bangkit apabila kadang-kadang ia melibatkan politik.”