
Penduduk tempatan berlari ke jalan apabila gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pulau Mindanao ketika sekolah dan pejabat baru dibuka pagi tadi.
Gegaran berlangsung sehingga satu minit di beberapa kawasan, merosakkan rumah, bangunan bertingkat dan bilik darjah di rantau yang beratus-ratus masih rasa kesan gempa yang membunuh sekurang-kurangnya lima orang awal bulan ini.
Seorang budak lelaki remaja mati selepas terkena dinding yang runtuh ketika dia cuba melarikan diri dari sekolahnya di Magsaysay, jurucakap bandar memberitahu AFP.
Walaupun pelajar lain cedera dalam “rempuhan” ketika melarikan diri dari bangunan, tetapi mereka terselamat.
Batu dan tanah runtuh akibat gegaran teruk membunuh empat orang lagi manakala dinding runtuh membunuh seorang lelaki, kata pihak berkuasa.
Sekurang-kurangnya 50 orang mengalami kecederaan akibat runtuhan, termasuk tujuh murid dan guru cedera ketika melarikan diri dari sekolah rendah yang runtuh.
“Bangunan tidak hanya bergerak, ia bergegar,” kata Gadi Sorilla, seorang doktor di sebuah hospital di Tulunan, sebuah bandar sekitar 25km dari pusat gegaran memberitahu AFP.
“Saya minta bantuan Tuhan,” katanya, sambil menambah, hospital itu telah menerima kira-kira 10 pesakit dalam waktu yang pantas, ada yang cedera di bahagian kepala.