
Ketua Pengusaha dan Pemandu Lori Pahang, Jayasim Tanapal berkata, pihaknya mahu menemui Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook untuk membincangkan beberapa isu, termasuk pelaksanaan mata demerit dan pemeriksaan kesihatan wajib untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Barang (GDL) serta Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).
“Sudah tiga kali kami hubungi dia (Loke), tapi dia hanya hantar wakil saja. Dia tahu hari ini kami mahu datang mogok di sini. Pegawai beritahu dia akan turun, (tapi) mana dia?
“Kami tidak akan pergi selagi tidak berjumpa dengannya,” katanya kepada FMT di luar Kementerian Pengangkutan hari ini.
Pengawal keselamatan di pintu masuk Kementerian Pengangkutan memaklumkan FMT, Loke tiada di pejabatnya hari ini.

Seorang pegawai kementerian itu berkata, Loke berada di Johor ketika ini dan dijangka balik ke ibu negara lewat malam ini atau esok.
Sekumpulan pemandu lori dari Johor pula berkata, mereka tidak akan pulang selagi tidak berjumpa dengan Loke.
“Kami bukan nak bergaduh, kami nak berunding. Tolong datang jumpa kami.”