
LAHAD DATU: Polis hari ini meminta enam remaja perempuan yang terlibat dalam pergaduhan di tepi padang bandaran pada Khamis lepas dan masih bebas agar menyerah diri bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Lahad Datu, Nasri Mansor berkata semua remaja tersebut menyembunyikan diri dan tidak berada di rumah masing-masing.
“Keenam-enam remaja ini bertindak melarikan diri dari rumah dan mereka tidak lagi bersekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khamis lalu, polis menahan tujuh daripada 13 remaja perempuan berusia antara 14 hingga 17 tahun daripada Kampung Panji dan Kampung Pisang selepas terlibat dalam pergaduhan di tepi padang bandaran Lahad Datu, pada hari yang sama.
Kejadian pada 2 petang itu berpunca ekoran tuduhan kesat.