Di saat semua pelajar seluruh dunia berkejar untuk menjadi yang terbaik, lain pula yang berlaku di Wilayah Zhejiang apabila mereka digalakkan tidur lebih awal.

Malah apa yang lebih memeranjatkan pelajar di wilayah ini juga boleh menolak daripada menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan.
China memang dikenali sebagai sebuah negara yang terlalu mementingkan kecermelangan dalam pendidikan.
Maka tidak hairanlah sistem pendidikan negara itu dilihat terlalu “rejim” memaksa anak mereka belajar sehingga dibebani dengan kerja sekolah yang begitu banyak.
Ini kerana warganegara negara itu berpendapat persaingan di peringkat tertinggi seluruh dunia lebih hebat dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi untuk bersaing.
Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang khuatir langkah mengurangkan kerja rumah akan membuatkan anak mereka berada pada tahap kurang bersedia untuk menghadapi ujian memasuki kolej yang sangat kompetitif.
“Saya bantah cadangan ini kerana ia akan menyebabkan kanak-kanak rasa kurang bertanggungjawab,” kata seorang pengguna di laman sosial Weibo.
Dalam draf garis panduan pendidikan Wilayah Zhejiang mencadangkan pelajar untuk tidur awal dengan kebenaran ibu bapa masing-masing.
Waktu tidur yang dicadangkan 9 malam untuk murid sekolah rendah manakala 10 malam untuk pelajar sekolah menengah.
Difahamkan, murid di wilayah itu sering dibebani timbunan kerja rumah hingga memaksa mereka berjaga hingga lewat malam.
Pelan tindakan 33 perkara yang diterbitkan menerusi laman Jabatan Pendidikan Zhejiang pada Isnin lalu juga menasihatkan para ibu bapa supaya tidak menggalakkan persaingan dengan murid atau pelajar lain sebaliknya mencadangkan sokongan kaunseling untuk pelajar dan melarang kelas tambahan pada hujung minggu serta cuti sekolah.
Sumber : Sixth Tone Today’s China
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]