Pemandu Uber Lubnan Uber dihukum mati kerana rogol, bunuh wanita Inggeris

Pemandu Uber Lubnan Uber dihukum mati kerana rogol, bunuh wanita Inggeris

Tertuduh, Tariq Houshieh, mengaku merogol dan mencekik Dykes berusia 30 tahun, yang bekerja di kedutaan di Lubnan untuk Jabatan Pembangunan Antarabangsa Britain.

BEIRUT:
Sebuah mahkamah Lubnan semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemandu Uber atas tuduhan membunuh pekerja kedutaan British, Rebecca Dykes pada Dis 2017, kata agensi berita NNA.

Tertuduh, Tariq Houshieh, mengaku merogol dan mencekik Dykes berusia 30 tahun, yang bekerja di kedutaan di Lubnan untuk Jabatan Pembangunan Antarabangsa Britain.

Kedutaan Britain berkata ia berharap keputusan mahkamah itu akan “membawa satu tahap penutupan” bagi mereka yang rapat dengan Dykes.

“Becky sangat disayangi dan sangat dirindui,” katanya dalam satu kenyataan.

Hakim di Lubnan biasanya menjatuhkan hukuman mati dalam kes pembunuhan. Tetapi negara itu mempunyai moratorium tidak rasmi dan belum melaksanakan hukuman mati sejak 2004, menurut kumpulan Human Rights Watch.

“Walaupun kami mengalu-alukan keputusan bersalah, kerajaan Inggeris terus menentang hukuman mati dalam semua keadaan,” kata kenyataan kedutaan itu.

Keputusan itu dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Mount Lebanon, daerah utara Beirut di mana kesalahan itu berlaku, lapor NNA.

Seorang peguam yang dilantik untuk mewakili Tariq berkata mereka akan mengemukakan rayuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.