CEO McDonald’s dipecat gara-gara jalin hubungan dengan pekerja

CEO McDonald’s dipecat gara-gara jalin hubungan dengan pekerja

Akibat menjalinkan hubungan dengan pekerjanya, Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's, Steve Easterbrook akhirnya dipecat.

Skandal merupakan perkara sinonim yang sering berlaku dimana-mana tempat.

Ia terutamanya di tempat kerja sehingga pihak majikan terpaksa meletakkan peraturan dilarang bercinta dengan kakitangan dalam syarikat yang sama.

Tujuannya supaya semua kakitangan boleh lebih fokus kepada kerja yang dilakukan dan bersikap professional dalam melayani semua kakitangan tanpa ada perasaan cemburu buta yang menyukarkan pihak lain melakukan kerja dengan tenang.

Malah ia juga dapat mengelakkan daripada sikap berat sebelah ketika membuat sebarang keputusan.

Perkara yang sama turut dilakukan syarikat makanan segera terkenal, McDonald’s dengan mengambil keputusan drastik untuk memecat Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Easterbrook kerana melanggar undang-undang yang ditetapkan syarikat tersebut.

Pemecatan tersebut dibuat Ahli Lembaga Pengarah McDonald’s sendiri dengan membuat undian selepas menjalankan siasatan menyeluruh.

Syarikat pengendali makanan segera itu dalam satu kenyataan berkata, Easterbrook, 52, tidak menunjukkan kelakuan yang baik dan McDonald’s melarang pengurusnya daripada mempunyai sebarang hubungan dengan pekerja bawahan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengakui perkara itu, Eaterbrook menerusi email berkata yang dia menerima keputusan tersebut.

“Dengan mengambil kira nilai syarikat, saya bersetuju untuk mengundurkan diri,” katanya.

Easterbrook menyertai McDonald’s pada tahun 2015 dan bertanggungjawab terhadap kira-kira 14,000 restoran makanan segera tersebut di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Tempat Easterbrook kini diganti oleh Presiden McDonald’s AS, Chris Kempczinski.

Sebelum ini Kempczinski juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah McDonald’s.

Pelantikannya itu juga berdasarkan kepakaran dan kemahiran beliau dalam mengendalikan bisnes dimana beberapa cawangan lain mermpunyai kewangan yang kukuh dan sistem operasi yang stabil.

Dalam perkembangan yang sama, keuntungan McDonald’s merosot 1.8 peratus pada suku ketiga tahun lalu kepada 1.6 bilion, manakala pendapatan meningkat 1.1 peratus menjadi jumlah seleuruhannya sebanyak RM 5.4bilion.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.