Bank Negara kuat kuasa had transaksi RM25,000 mulai 2020

Bank Negara kuat kuasa had transaksi RM25,000 mulai 2020

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Rasheed Ghaffour berkata langkah itu bagi menangani penyalahgunaan wang tunai yang digunakan untuk kegiatan haram.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Rasheed Ghaffour. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Malaysia bercadang menguatkuasakan had transaksi tunai (CTL) RM25,000 mulai tahun depan untuk memperkukuh integriti kewangan negara.

“Ini untuk menangani penyalahgunaan wang tunai yang digunakan untuk kegiatan haram,” kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC), Rasheed Ghaffour.

Bagaimanapun, industri dengan urus niaga tunai yang besar seperti peniaga bernilai tinggi, pelancongan perubatan, hotel dan borong dikecualikan daripada CTL, katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Langkah itu terpakai bagi semua transaksi melibatkan pembayaran wang tunai bagi barangan dan perkhidmatan dan derma dan pindahan antara pihak-pihak, yang terpakai ke atas individu, perniagaan dan entiti lain.

Industri dengan transaksi tunai pada jumlah banyak yang mungkin terkesan dengan CTL adalah peniaga nilai-tinggi, pelancongan perubatan, hotel, dan borong, katanya dalam taklimat media di sini, hari ini.

“Bagaimanapun, terdapat dua pengecualian penting untuk diambil perhatian. Pertamanya, sebarang transaksi tunai kepada atau dengan institusi kewangan adalah dikecualikan. Sebagai entiti yang dikawal selia, institusi ini sudah tertakluk dengan syarat ketat berhubung pengubahan wang haram atau pencegahan pembiayaan keganasan.

“Keduanya, transaksi tunai untuk tujuan seperti bantuan kemanusiaan juga (akan) dikecualikan daripada mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan atas syor Bank Negara Malaysia,” kata Abdul Rasheed.

Katanya langkah itu tidak akan menjejaskan isi rumah susulan libat urus NCC dengan lebih 1,000 individu di seluruh negara mendedahkan bahawa urus niaga tunai tunggal secara purata dalam kalangan kumpulan pendapatan Bawah 40% (B40) adalah RM2,284, kumpulan pendapatan pertengahan 40% atau M40 (RM4,104) dan kumpulan pendapatan tinggi 20% atau T20 (RM7,843).

Bank pusat juga telah mengadakan libat urus dua hala dengan pelbagai persatuan perniagaan.

“Penglibatan kami dengan individu mencadangkan transaksi tunggal melebihi RM25,000 secara tunai adalah benar-benar (tidak pernah berlaku sebelum ini). Ini juga dapat dilihat dengan purata jumlah perbelanjaan isi rumah merentasi pelbagai peringkat pendapatan.

“Jumlah purata perbelanjaan wang bagi isirumah T20 adalah sekitar RM8,000 sebulan, yang sebenarnya adalah di bawah had. Tidak ada sebab mengapa orang-orang ini akan terjejas oleh cadangan ini, ” kata Abdul Rasheed.

Beliau berkata objektif langkah menguatkuasakan CTL itu adalah bersifat serampang dua mata, iaitu untuk melengkapkan rangka kerja Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan di Malaysia dan menghantar isyarat bahawa berselindung di sebalik tanpa nama untuk mendapat manfaat daripada aktiviti haram tidak akan dikompromi.

Pada Januari, BNM menurunkan laporan had tunai harian (CTR) dari RM50,000 kepada RM25,000.

Sehingga September 2019, lebih lima juta laporan CTR diterima, mewakili kira-kira RM483 bilion dalam transaksi tunai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.