10 penduduk Gaza maut dalam serangan udara Israel

10 penduduk Gaza maut dalam serangan udara Israel

Serangan terbaru itu turut menyebabkan lebih 40 penduduk Palestin cedera.

10 orang penduduk maut dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel ke Semenanjung Gaza, semalam selain 46 lagi cedera. (Gambar AFP)
GAZA:
Seramai 10 orang penduduk maut maut dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel ke Semenanjung Gaza, semalam.

Serangan terbaru itu turut menyebabkan lebih 40 penduduk Palestin cedera.

Ia berlaku selepas kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) melepaskan 200 roket ke arah Israel, sebagai tindak balas serangan Israel ke atas bangunan kediaman pemimpin kanan PIJ, Baha Abu Al-Ata.

Baha dan isterinya disahkan mati oleh PIJ dalam serangan tersebut.

Pasukan perubatan Israel berkata, mereka sudah merawat 46 penduduk dan daripada jumlah itu menunjukkan gejala tertekan, akibat serangan roket terbabit.

Terdapat beberapa laporan mengenai serangan berasingan yang menyasar ahli PIJ di Damsyik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.