
Jika negara Jepun selalu dilabelkan negara paling bersih kerana sikap masyarakatnya yang peka tentang kebersihan, ia berbeza dengan beberapa negara lain.
Menurut World Health Organisation (WHO), negara India menduduki tempat teratas dengan mencatatkan angka sebanyak 626 juta orang di India membuang “hajat” di tempat terbuka seperti rumput, semak atau sungai.
Angka itu kemudiannya diikuti Indonesia sebagai tempat kedua dengan catatan angka sebanyak 63 juta, Pakistan 40 juta, Ethiopia 38 juta dan Nigeria menduduki tempat kelima dengan catatan angka sebanyak 34 juta.
Turut dilaporkan, masyarakat India juga melakukan perkara yang sama di 18 negara yang lain.

Malah perkara itu difahamkan telah berlaku sebelum India mendapat kemerdekaan iaitu pada 1947.
Dan oleh sebab itulah, Mahatma Gandhi seperti dipetik dalam National Geographic pernah berkata “sanitasi (sistem perkumbahan) lebih penting daripada kemerdekaan,” pejuang keamanan dan kemerdekaan India.

Secara amnya, kekurangan mereka dalam aspek sistem perkumbahan menyebabkan warga New Delhi terpaksa menggunakan saluran pembuangan sebagai kemudahan untuk mandi dan mencuci pakaian.
Ia sekaligus membuatkan Perdana Menterinya, Narendra Modi membina 20 juta tandas untuk kegunaan masyarakat di India sekaligus memberi penekanan dalam aspek kebersihan sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan pada 2014.
Modi dalam masa yang sama sentiasa berkempen mengutamakan “tandas sebelum kuil”.
Malah pada 2 Oktober lalu beliau turut meletakkan sasaran untuk menukar tabiat dan amalan masyarakat di India dan kenyataan itu ditegaskannya pada majlis ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi.
Jelas perdana menteri itu lagi, dia memperuntukkan lebih dari $40 bilion untuk membina lebih 100 juta tandas baru di kawasan luar bandar bagi tahun 2019 sahaja.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]