
Ketua Polis Daerah Cheras Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
“Mereka yang ditahan adalah penyokong kedua-dua pasukan dan dibebaskan selepas proses dokumentasi dijalankan,” katanya.
Semalam, Bernama melaporkan sedikit kekecohan berlaku sejurus selepas perlawanan berakhir apabila ada dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan membuat provokasi melampau antara satu sama lain di luar stadium.
Tinjauan Bernama di luar Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati terdapat penyokong dari kedua-dua pihak saling membaling botol minuman serta kon, dan membakar mercun.
Keadaan itu berjaya diredakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengambil tindakan pantas mengawal keadaan.
Penyokong Indonesia kemudiannya keluar dari stadium secara berperingkat dengan pengawasan polis.
Pada aksi malam tadi, Malaysia menewaskan Indonesia 2-0.