Kawan baik Sulli, Goo Hara disahkan meninggal dunia

Kawan baik Sulli, Goo Hara disahkan meninggal dunia

Bekas ahli kumpulan idol perempuan Kara ditemui mati6 petang waktu tempatan di rumahnya yang terletak di kejiranan Cheongdam, Gangnam.

Belum sampai dua bulan berita kematian Sulli menjadi bualan, terbaru salah seorang rakan baiknya iaitu Goo Hara disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di daerah Gangnam, Seoul.

Menurut laporan polis, bekas ahli kumpulan idol perempuan Kara itu ditemui mati kira-kira 6 petang waktu tempatan di rumahnya yang terletak di kejiranan Cheongdam, Gangnam.

Bagaimanapun, polis kini sedang melakukan sisatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kematian gadis berusia 28 tahun itu.

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat muzik Korea Selatan terkejut dengan berita kematian tersebut dan berharap semoga rohnya tenang.

Ini posting terakhir Goo Hara sebelum ditemui mati hari ini.

Pada Mei lalu, Goo Hara dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan mencederakan dirinya namun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.