Semua anggota Blackpink tersenarai dalam bintang K-Pop miliki ‘follower’ teramai

Semua anggota Blackpink tersenarai dalam bintang K-Pop miliki ‘follower’ teramai

Blackpink merupakan sebuah kumpulan muzik terkenal Korea sejak 2016 dan popularitinya terus bertahan sehingga ke hari ini.

Ternyata Blackpink masih “berbisa” dan mampu menambat hati peminat seluruh dunia dengan menjadikan mereka sebagai artis K-Pop kesayangan.

Membuktikan perkara itu, empat anggota kumpulan Blackpink tersenarai sebagai selebriti paling ramai pengikutnya di laman sosial Instagram.

Dalam senarai tersebut, kumpulan Blackpink dilihat mengatasi beberapa kumpulan K-Pop lain.

Mendahului carta tempat pertama diduduki oleh Lisa dengan pengikut seramai hampir 28 juta dan tempat kedua Jennie dengan jumlah pengikut seramai 23 juta.

Maklumat tersebut dikongsi seorang peminat di Twitter dan menerima ribuan retweet daripada pengikut.

Dalam senarai itu juga, mereka menyenaraikan kedudukan 10 selebriti memiliki pengikut tertinggi di IG.

Sementara itu, akaun rasmi Blackpink berada di tangga ketiga dengan pengikut seramai lebih 21 juta.

Bagaimanapun, Rose dan Jisoo selesa berada di kedudukan kelima dan keenam dengan pengikut seramai 20.47 juta dan 19.24 juta.

Tempat keempat menjadi milik kumpulan K-Pop popular BTS dengan pengikut lebih 21 juta.

Ini senarai kedudukan 10 bintang Korea yang memiliki pengikut tertinggi di Instagram.

  1. Lisa – 27.24 juta
  2. Jennie – 22.60 juta
  3. Blackpink – 21.54 juta
  4. BTS – 21.28 juta
  5.  Rose – 20.47 juta
  6. Jisoo – 19.24 juta
  7. Chanyeol – 19.22 juta
  8. Sehun – 17.56 juta
  9. G Dragon – 16.89 juta
  10.  Baekhyun – 16.03 juta

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.