Curi minyak: Pihak berkuasa Peru tahan 27 anggota tentera

Curi minyak: Pihak berkuasa Peru tahan 27 anggota tentera

Sepanjang tempoh 5 tahun, kecurian tersebut mengakibatkan kerugian kira-kira 3 juta sole (AS$900,000).

27 anggota tentera disyaki mencuri minyak secara sistematik dari pusat pengedaran di beberapa bandar besar di seluruh Peru. (Gamabr AFP)
LIMA:
Pihak berkuasa Peru menahan 27 anggota tentera, termasuk pegawai berpangkat tinggi kerana disyaki mencuri minyak antara 2013 dan 2018, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan semalam.

Mereka disyaki mencuri minyak secara sistematik dari pusat pengedaran di beberapa bandar besar di seluruh negara seperti Lima, Arequipa, Cajamarca, Huancavelica, Moyobamba dan Cusco.

Sepanjang tempoh 5 tahun, kecurian itu mengakibatkan kerugian kira-kira 3 juta sole (AS$900,000), menurut anggaran stesen Radio Programas del Peru.

Pusat pemerintah tentera meminta kerjasama penuh Pejabat Pendakwaan, menurut kenyataan tentera.

“Tentera Peru mengulangi komitmen tegasnya untuk memerangi gejala rasuah selaras dengan dasar kerajaan dan kerangka Pelan Integriti sektor pertahanan serta usaha memerangi rasuah,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.