
Geza Andreas von Geyr dijangka dimaklumkan bahawa Rusia akan mengambil tindakan balas, lapor TASS memetik kenyataan sumber.
Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, tradisi diplomatik mencadangkan “satu respons serupa.”
“Terdapat peraturan praktikal yang tidak ditulis, undang-undang tidak bertulis untuk kes sedemikian: anda usir diplomat kami, kami akan usir diplomat anda,” kata Putin.
Minggu lepas, Jerman mengusir 2 diplomat Rusia susulan dakwaan peranan yang dimainkan Moscow dalam pembunuhan Zelimkhan Khangoshvili, yang pernah menjadi komander pemberontak Chechen, di Berlin.
Moscow menyifatkan dakwaan itu sebagai “tidak berasas.”
Khangoshvili berjuang menentang Rusia semasa Perang Chechen kedua dari 1999 hingga 2009, serta berkhidmat di Georgia dan Ukraine bagi menentang kepentingan Rusia, menurut agensi berita rasmi Jerman Deutsche Welle.