Jadikan percutian ke Jepun menarik, tidur di Hotel kucing!

Jadikan percutian ke Jepun menarik, tidur di Hotel kucing!

Hotel kucing merupakan tarikan pengunjung yang disediakan di Jepun.

Hotel berkonsepkan kucing bukan sahaja diminati rakyat Malaysia, malah masyarakat di Jepun.

Jadi jika anda singgah ke negara itu, apa kata anda memilih percutian yang unik dengan membuat tempahan hotel untuk tidur bersama kucing.

Sememangnya ia menjadi tarikan kepada para pengunjung yang mencintai haiwan ini kerana ramai di antara mereka yang menjadikan kucing sebagai peliharaan mereka.

Hotel yang terletak di Osaka ini dikenali sebagai Neko Yokujo & Neko Hatago iaitu kombinasi sebuah hotel dan kafe berkonsepkan kucing.

Anda boleh melihat kucing tersebut melalui tingkap bilik dan anda boleh tutup tingkap dengan menggunakan langsir jika ingin tidur.

Jika anda datang bersama keluarga dan anak-anak, ia pasti membuatkan mereka berasa sangat teruja!

Dapat dilihat, dekorasi dalam hotel ini cukup cantik kerana pada dinding hotel ditampilkan wallpaper bercorak kucing.

Untuk pengetahuan anda, hotel ini adalah hotel kapsul dan sebut tentang hotel kapsul pastinya anda perlu berkongsi kemudahan yang ada.

Harga penginapan bagi satu malam RM322.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.