
Beliau berkata, bantuan daripada kerajaan negeri itu disampaikan secara berperingkat di semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak bulan lepas.
“Bantuan diberi kepada keluarga berpendapatan rendah (terhad 2 anak setiap keluarga) …kita harap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan musim tengkujuh kepada 525 penerima di DUN Rhu Rendang di sini, hari ini.
Bantuan bernilai RM50,000 itu diberi kepada golongan yang pendapatan terjejas sepanjang musim tengkujuh seperti nelayan, penoreh getah dan pekebun kecil.
Samsuri berkata, bantuan untuk penduduk yang terjejas banjir pula akan dimuktamadkan selepas menerima laporan penuh banjir, dijangka pada Feb depan.
“Jadi sementara itu, wakil rakyat di setiap kawasan akan menyalurkan bantuan awal kepada penduduk yang terjejas …seperti barang dapur,” katanya.