Kabinet sudah pilih siapa pemangku menteri pendidikan, kata Guan Eng

Kabinet sudah pilih siapa pemangku menteri pendidikan, kata Guan Eng

Lim Guan Eng berkata Kabinet sudah bersetuju siapa pemangku portfolio itu selepas Maszlee Malik meletak jawatan minggu lepas.

Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR:
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan Kabinet sudah memilih pemangku menteri pendidikan.

Pada sidang media majlis bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri hari ini, Lim berkata Kabinet sudah bersetuju siapa yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Maszlee Malik, yang meletak jawatan minggu lepas.

“Kita sudah ada keputusan tapi perdana menteri akan umumkan,” kata Lim.

Maszliee yang dipilih Mahathir kira-kira 20 bulan lepas diminta meletakkan jawatan pada Khamis lepas.

Perkembangan ini menyusuli beberapa kontroversi antaranya pengenalan Jawi di sekolah-sekolah vernakular, kuota matrikulasi pra-universiti, dan soalan kertas peperiksaan sebuah universiti di Perlis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.