
Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong seruan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah pada Jumaat yang menyeru perkara itu dikaji semula.
Wong berkata satu pindaan perlembagaan kepada Perkara 122AB pada 1994 diluluskan oleh Parlimen tanpa persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak.
“Pindaan ini mengambil kuasa daripada Yang di-Pertua Negeri negeri-negeri berkenaan dalam melantik pesuruhjaya kehakiman,” kata Wong, yang menambah pindaan itu menyalahi Perkara 161E(2)(b).
Wan Junaidi berkata sekiranya Putrajaya bersungguh mahu memulihkan hak Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan, maka ia harus kembalikan kuasa melantik pesuruhjaya kehakiman.
Beliau berkata beberapa undang-undang persekutuan dikuatkuasakan selepas diluluskan menerusi Parlimen tanpa “mematuhi kawalan-kawalan dalam perlembagaaan”.
Beliau sudah bersuara di Parlimen menggesa kerajaan persekutuan “memansuhkan, meminda, atau sekurang-kurangnya melazimkan undang-undang itu” tetapi tidak dijawab.