Singapura sahkan 2 lagi kes koronavirus

Singapura sahkan 2 lagi kes koronavirus

Jangkitan ke-6 melibatkan lelaki warga China berumur 56 tahun dan kes ke-7 yang melibatkan lelaki China berumur 35 tahun kedua-duanya dari Wuhan.

Kementerian Kesihatan Singapura mengenal pasti individu yang mempunyai kontak rapat dengan 2 kes terbaru itu. (Gambar Bernama)
SINGAPURA:
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 2 lagi jangkitan koronavirus Wuhan di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7 kes.

Hasil ujian yang mengesahkan jangkitan itu diketahui semalam dan kes terbaru itu tiada kaitan dengan kes-kes import yang disahkan sebelum ini.

Menurut MOH, jangkitan ke-6 melibatkan seorang lelaki warga China berumur 56 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura bersama keluarganya pada 19 Jan.

Beliau kini berada di wad isolasi Changi General Hospital (CGH) dan keadaannya stabil.

Lelaki itu ke hospital pada 26 Jan setelah mengalami gejala jangkitan virus itu.

Kes ke-7 yang disahkan melibatkan lelaki warga China berumur 35 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 23 Jan bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Beliau kini berada di wad isolasi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan keadaannya stabil.

Lelaki itu mendapatkan rawatan di Raffles Hospital pada 24 Jan sebelum dirujuk ke NCID selepas mengalami gejala jangkitan virus itu.

MOH memulakan penyiasatan epidemiologi dan pengesanan sentuh untuk mengenal pasti individu yang mempunyai kontak rapat dengan 2 kes terbaru itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.