
Selepas 3 hari legenda bola keranjang, Kobe Bryant mati dalam insiden helikopter terhempas Ahad lalu, akhirnya isteri mendiang bersuara.
Turut maut dalam insiden yang berlaku di Calabasas, California itu melibatkan anak perempuan kedua mereka Gianna, 13, bersama 6 lagi penumpang lain serta seorang juruterbang.
Menurut Dailymail Vanessa berkongsi gambar mereka sekeluarga dan meluahkan kesedihan dengan kehilangan suami serta anak, malah turut bersimpati dengan waris 7 mangsa lain.
“Kami sangat terkejut dengan kehilangan mengejut suami yang dipuja, Kobe – seorang bapa yang menakjubkan kepada anak-anak kami. Untuk anak yang disayangi Gianna – seorang yang penyayang, bijak dan seorang anak yang baik kepada Natalia, Bianka dan Capri.
“Tiada perkataan yang cukup untuk menggambarkan kesedihan kami sekarang. Saya merasa lega mengetahui Kobe dan Gigi amat disayangi. Kami sangat bertuah memilikinya dalam kehidupan kami. Saya berharap mereka berada di sini dengan kami selama-lamanya. Mereka adalah terindah yang diambil dari kami terlalu awal.

“Kasih sayang kami untuk mereka tiada penghujung, dan tidak boleh diukur. Saya hanya berharap dapat memeluk, cium mereka dan restu mereka. Memiliki mereka di sini bersama kami selamanya.
“Terima kasih berkongsi kegembiraan, kesedihan dan menyokong kami. Terima kasih kerana terus mendoakan kami dan menyayangi Kobe, Gigi, Natalia, Bianka, Capri dan saya,” tulis Vanessa dalam posting Instagramnya.
Vanessa juga turut menukar akaun Instagramnya daripada peribadi kepada terbuka pada Rabu.
Bryant dan Vanessa bertemu pada tahun 1999 dan berkahwin pada tahun 2001.
Turut maut dalam insiden tersebut adalah John Altobelli, isterinya Keri serta anak mereka, Alyssa yang merupakan rakan sepasukan bola keranjang bersama Gianna, pembantu jurulatih pasukan perempuan Christina Mauser, Payton Chester dan ibunya Sarah Chester.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]