Harmonika tersangkut dalam mulut ketika buat Tiktok

Harmonika tersangkut dalam mulut ketika buat Tiktok

Seorang pelajar dikejarkan ke hospital apabila instrumen harmonika tidak boleh dikeluarkan daripada mulutnya ketika membuat TikTok.

Seorang pelajar cemas apabila harmonika yang dimasukkan dalam mulut tidak boleh dikeluarkan.

Menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk menghiburkan hati sudah menjadi trend hari ini.

Bukan sahaja Facebook, Instagram dan We Chat, malah TikTok turut menjadi kegilaan ramai.

Namun dalam hiburan itu terdapat satu tragedi yang cukup disesali seorang wanita.

Ini kerana seorang pelajar, Mollie O’Brien memainkan alat muzik harmonika di dalam mulut.

Katanya, pada asalnya ia hanya menjadikan sebagai hiburan apabila O’Brien menghembuskan nafas, kemudian ada bunyi yang pelik akan keluar menerusi harmonika, dan kejadian itu dirakam menerusi TikTok.

Namun kejadian itu bertukar menjadi serius apabila harmonika itu tidak boleh dikeluarkan daripada mulutnya.

“Jujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tersangkut,” tulisnya.

Kemudian dia dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan instrumen tersebut.

Menurut laporan Daily Mail, remaja terbabit mula merakam video lucu di akaun TikToknya cemas selepas menyedari harmonika itu gagal dikeluarkan.

Ketika lagu berjudul “I Just Did a Bad Thing” dendangan Bill Wurtz sedang dimainkan, dia mula menulis lirik pada video tersebut tanpa menunjukkan keseluruhan wajahnya.

“Saya baru sahaja melakukan perkara yang mengarut. Saya menyesal dengan apa yang dilakukan. Anda mungkin tertanya-tanya apa yang telah saya lakukan.

“Saya telah masukkan keseluruhan harmonika di dalam mulut dan kini ia tersangkut,” tulisnya sambil mula mendedahkan wajahnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected] 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.