Anjing bermata satu jadi rebutan

Anjing bermata satu jadi rebutan

Anjing bermata satu yang diibaratkan seperti Minions mendapat perhatian ramai dan banyak pihak ingin membelinya dengan harga yang tinggi.

Anjing bermata satu menjadi rebutan banyak pihak kerana keunikannya berbanding anjing lain.

Pelbagai perkara pelik berlaku sejak akhir-akhir ini termasuklah pelbagai penyakit yang timbul secara tiba-tiba. 

Malah ada sesetengah haiwan pelik termasuklah anjing dan kucing yang turut menjadi santapan harian bersama keluarga.

Namun di tempat lain, anjing dan kucing dijadikan haiwan peliharaan dan ramai yang melindungi haiwan ini daripada terbiar.

Namun, seorang kakitangan kerajaan terkejut apabila melihat seekor anak anjing yang baru dilahirkan hanya mempunyai satu mata.

Kejadian itu berlaku di Thailand apabila pemiliknya Somjai Phummaman, 45, berkata dia menyedari kejadian itu ketika ibu anjing melahirkan 2 ekor anak di dalam sebuah bilik.

Menurut Daily Mail, dia kemudiannya meletakkan ibu dan anak-anak anjing itu ke dalam bakul sebelum terkejut melihat seekor daripadanya memiliki satu mata sahaja.

Phummaman berkata, jirannya yang teruja mahu melihat keunikan anak anjing menyamakan anak anjing itu dengan watak animasi popular Minions.

Kelahiran anak anjing itu sehingga kini menunjukkan perkembangan positif namun perlu minum susu menggunakan botol.

“Kami berharap anak anjing itu selamat walaupun mengalami kecacatan. Kami mahu menjaga dia sebagai haiwan kesayangan sehingga membesar dengan sihat.

“Semua orang kagum melihatnya dan mengatakan keunikan memiliki mata satu pastinya membawa tuah.

“Kami masih tidak jelas jika mata tunggal anjing berfungsi dengan baik kerana deria penglihatan anak anjing akan berkembang sepenuhnya dalam tempoh dua bulan.” katanya.

Katanya, setakat ini dia belum bersedia menjual anak anjing itu walaupun mendapat permintaan daripada rakan-rakannya.

“Kami mahu melihat anak anjing ini membesar di depan mata kami,” katanya.

Sebelum ini tular di laman sosial, video berdurasi 1 minit 35 saat memaparkan 2 ekor anak anjing dan salah satunya memiliki mata satu di bahagian tengah mukanya.

Video itu menarik perhatian netizen yang menyifatkan anak anjing itu luar biasa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.