
Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali mengenakan hukuman itu terhadap Shaifulnizam Abdul Rahman @ Latip selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini, lapor Borneo Post.
Shaifulnizam dituduh melakukan khianat dengan membunuh haiwan berkenaan di sebuah kedai dobi 24 jam di Jalan Astana di Kuching, pada 12.17 tengah hari, 30 Dis lalu.
Pertuduhan terbabit dibuat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis telah dibuat susulan penyebaran rakaman CCTV yang memaparkan Shaifulnizam memukul kucing tersebut dengan kayu. Dia ditangkap pada 1 Jan.
Tertuduh dipercayai melakukan perbuatan itu selepas seekor kucing lain di kawasan berhampiran menggigitnya.